Posted by jinson on 19:53 1 comment
Salam sayang semua...untuk entry kali saya nak kongsi berkenaan detoks secara semulajadi.

Secara umumnya detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam badan tubuh dan menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran .Detoks tubuh dengan infused water...apa tu ye..jangan bimbang Infused Water bermaksud air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum diminum.Selain dari bersenam dan menjaga pemakanan, infused water menjadi trend gaya hidup sihat pada masa sekarang.

Air putih boleh dicampurkan



1. Lemon-kombinasi hirisan lemon dengan air putih merupakan minuman detoks terbaik.lemon dapat membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga kita berasa lebih segar.cara menyediakan , kita perlu menghiris beberapa keping buah lemon segar, memerah sari lemon dan dimasukkan ke dalam botol yang berisi air putih.


2. Selain daripada itu, daun pudina boleh dimasukkan ke dalam air putih.Daun pudina akan membuat air menjadi lebih manis sedikit, campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu 'menenangkan' perut dan melancarkan pencernaan.



3.Mentimun salah satu variasi kita untuk infused water.selain manfaat untuk kulit dan mata, gabungan mentimun dengan air dapat membantu mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.



4.Halia juga boleh digunakan juga untuk infused water.infused water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem ditubuh kita, melancarkan pencernaan juga'menenangkan perut.





Wah hebatkan detoks dengan infused water..


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee boleh hubungi saya

Ina Majid
Call/SMS/Whatsapp 0135241956




Categories:

1 comments:

  1. Tak tahu pulak timun pun boleh jadi minuman detoks eh. Good info!

    http://fatinsoho.com/pince-and-pints-tempat-makan-best-kl/

    ReplyDelete